BLOGGER TEMPLATES AND MySpace 1.0 Layouts »

Sunday, April 22, 2012

Percaya atau tidak..hari ini genaplah 21 tahun aku dilahirkan ke muka bumi ini..Ramai yg wish birthday ku..Sangat terharu dan gembira.. Ada yg mesej kt hp ada yg post kt fb ada yg msg kt tagged..Banyak sgt..Ada juga yg Call tpi xangkt sbb tido..hihihi..

Ya ALLAH..
Panjangkanlah umurku;
Kurniakanlah kesihatan yang baik padaku;
Terangi hatiku dengan nur pancaran iman;
Tetapkanlah hatiku;
Perluaskanlah rezekiku;
Dekatkanlah hatiku kepada kebaikan;
Jauhkanlah hatiku pada kejahatan;
Tunaikanlah hajatku baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya ALLAH..
Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU agar tidak terjatuh di dalam jurang cinta nafsu;
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatiku pada hati-MU;
Jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU..

Ya ALLAH..
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-MU;

Ya Allah..
Kurniakanlahku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Amin Ya Rabbal Alamin ..........



apabila umur meningkat satu..



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Luahan Hati Sang Murabbi

0 comments: